Konvensyen QA Kebangsaan - Portal NIH

TERKINI: PENANGGUHAN KONVENSYEN QA KEBANGSAAN KALI KE-13, 2026

1. Ini susulan perkembangan situasi global serta langkah penjimatan perbelanjaan mengurus selaras dengan arahan semasa Kerajaan.

2. Semua surat, hebahan dan kenyataan berkaitan Konvensyen yang telah diedarkan sebelum ini adalah terbatal, termasuk semua pencalonan di bawah Kategori Lisan, Poster, Quality Leap Lounge dan Anugerah QA/QI Champion serta lantikan berkaitan seperti ahli jawatankuasa, hakim dan pengulas.

3. Semua pencalonan perlu melalui proses pencalonan semula mengikut garis panduan semasa bagi konvensyen yang akan datang.

4. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, ahli jawatankuasa, hakim dan pengulas atas dedikasi, komitmen serta sumbangan sehingga kini. 

5. Semoga momentum usaha-usaha penambahbaikan kualiti yang telah digerakkan untuk terus memperkasa kecemerlangan sistem kesihatan negara akan dikekalkan.

Sebarang pertanyaan, e-melkan kepada qasecretariat@moh.gov.my

Borang Pencalonan

Pendaftaran ditutup
Pendaftaran ditutup
Pendaftaran ditutup
Pendaftaran ditutup

FAQs

1. PENCALONAN PROJEK QA BAGI KONVENSYEN QA KEBANGSAAN KALI KE-13, 2026 ini, adakah sama dgn klinikal audit atau ini merupakan pembentangan lean atau inovasi?

Projek QA yang dicalonkan untuk kategori pembentangan lisan/poster/video seminit bagi Konvensyen QA Kebangsaan Kali ke-13 merupakan projek penambahbaikan kualiti yang memenuhi kriteria projek QA/QI. Boleh rujuk QA/QI Workbook 3rd Edition (http://tinyurl.com/QAWorkbook3rd) bagi memahami pendekatan QA/QI dalam penambahbaikan kualiti.
Projek yang boleh dicalonkan bagi penyertaan Konvensyen QA Kebangsaan adalah projek yang telah dijalankan dan memenuhi syarat - syarat garis panduan yang telah dikeluarkan. Sekiranya projek masih belum dilaksanakan, projek tersebut adalah tidak layak untuk dicalonkan dalam konvensyen ini.
Saringan 1 hanya melibatkan pihak urusetia.
Skema pemarkahan dan panduan pembentangan boleh dimuat turun daripada seksyen “Borang & Garis Panduan - Lampiran F” dalam laman sesawang ini. Masa pembentangan semasa di Konvensyen nanti pula adalah 20 minit (15 minit bentang, 5 minit soal jawab) bagi Kategori Lisan dan 7 minit sesi soal jawab bagi Kategori Poster.
Tidak. Saringan bagi kategori lisan dan poster akan dijalankan serentak dan projek yang tidak terpilih ke peringkat akhir akan ditawarkan penyertaan dalam kategori QLL.
Ya. Projek QA yang ingin menyertai pembentangan lisan atau poster mestilah telah lengkap sekurang-kurangnya satu (1) kitaran. Projek juga hendaklah merupakan projek penambahbaikan kualiti yang lengkap dan telah dilaksanakan.
Ya. Projek QA yang ingin menyertai pembentangan lisan atau poster mestilah telah lengkap sekurang-kurangnya satu (1) kitaran. Projek juga hendaklah merupakan projek penambahbaikan kualiti yang lengkap dan telah dilaksanakan.
Ya, boleh. Peringkat ZON tidak dikira sebagai peringkat kebangsaan kerana tidak melibatkan semua negeri di Malaysia. Oleh itu, projek tersebut masih layak dicalonkan.

1. Bolehkah projek yang telah menang konvensyen QA yang lepas untuk masuk QLL?

Boleh.

1. Bolehkah kalau masuk bertanding video pendek pada tahun ini bagi projek baru yang belum pernah dipertandingkan sebelum ini, kemudian menang dalam konvensyen dan ingin masuk bertanding lagi dalam oral atau poster untuk konvensyen seterusnya?

Projek yang masuk bertanding dalam kategori video pendek boleh bertanding lagi dalam kategori oral atau poster untuk konvensyen seterusnya memandangkan durasi video pendek adalah satu (1) minit sahaja dan tidak melibatkan pembentangan secara keseluruhan projek tersebut. Cara permarkahan juga adalah berbeza dengan oral/poster.
© Institut Kesihatan Negara.